`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 31, 2024

Tanjong Karang ‘deposit tetap’ PN, menang mudah jika PRK, dakwa pemimpin Bersatu

 

Nurul Syazwani Noh
Nurul Syazwani Noh menerima watikah pelantikan ketua bahagian Bersatu Tanjong Karang (penaja) daripada Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali. (Gambar Facebook Nurul Syazwani Noh)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Parlimen Tanjong Karang yang sebelum ini kubu kuat Umno kini dianggap ‘deposit tetap’ parti itu dan mudah dimenangi jika PRK diadakan bila-bila masa.

PRK mungkin berlaku di kawasan Parlimen di utara Selangor itu jika penyandangnya Dr Zulkafperi Hanapi terlucut keahlian sebagai ahli Bersatu sekiranya gagal menjawab surat arahan parti dalam tempoh dua minggu, berakhir hari ini.

Zulkafperi, antara enam Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan kepada pentadbiran Anwar Ibrahim pada 24 Jan, namun menegaskan kekal setia dengan Bersatu. Parti itu telah menyerahkan ‘surat arahan’ pada 17 Mei lalu yang mengarahkan mereka tidak menyokong Anwar.

Menurut Ketua Bahagian Bersatu Tanjong Karang (penaja) Nurul Syazwani Noh berkata kemenangan di Parlimen itu dianggap ‘jalan mudah’ berdasarkan jumlah majoriti undi diperolehi PN di dua DUN bawah Parlimen Tanjong Karang – DUN Permatang dan DUN Sungai Burong – yang angkanya lebih 8,000 undi.

“PN akan pastikan kemenangan di Tanjong Karang tambahan pula dua DUN di bawahnya dimenangi PN dan kita ada deposit tetap lebih 8,000 undi jika PRK diadakan,” kata Adun Permatang itu kepada FMT yang menjangkakan peralihan sokongan ahli Umno kepada PN.

PRU15 menyaksikan Parlimen Tanjong Karang jatuh ke tangan PN menerusi Zulkafperi dengan majoriti 2,180 undi, kekalahan itu mempunyai kaitan dengan pengguguran penyandangnya selama enam penggal Noh Omar dengan pemimpin wanita Habibah Yusof.

PRN Ogos tahun lalu, BN yang masuk ke gelanggang pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH) hilang penguasaan di DUN Sungai Burong kepada PN yang turut merampas DUN Permatang daripada PKR.

Nurul menewaskan calon PH Yahya Mat Sahri dengan majoriti 1,728 undi di Permatang manakala Zamri Zainuldin mengalahkan Khir Ramli dari BN dengan majoriti 6,842 undi.

Baru dilantik mengetuai Bersatu Tanjong Karang (penaja), beliau berkata tugasnya kini untuk memperkemaskan semula jenteranya kerana tidak banyak dibuat Zulkafperi ketika menerajuinya.

“Kami dah terima dia melompat ke sana yang dianggap satu rahmat, sebelum ini dia sebagai ketua bahagian tak buat apa-apa dan kita nak bergerak pun susah,” katanya yang telah memulakan pertemuan dengan cawangan Bersatu.

PAS atau Bersatu di Tanjong Karang?

Nurul berkata Bersatu Tanjong Karang terbuka dengan segala keputusan pucuk pimpinan PN dalam menentukan calon bagi kawasan itu sekiranya PRK diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kepimpinan tertinggi PN akan melihat kerusi penyandang sebagai syarat utama untuk menentukan calon sesuai.

“Kalau kita tengok ini kerusi Bersatu tetapi kita serah pada kepimpinan,” katanya.

Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menyuarakan hasrat parti itu untuk mewakili PN jika berlaku PRK di enam kerusi Parlimen dan satu DUN disandang wakil rakyat Bersatu menyokong Anwar.

Selain Zulkafperi, enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Ibrahim adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula menyokong pentadbiran Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.