`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 10, 2024

Bekas pengurus bank disyaki minta rasuah direman 5 hari

 

sprm
Suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM50,000 bagi tujuan menyertai program anjuran bank. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Seorang bekas pengurus bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM50,000 bagi tujuan menyertai program dianjurkan bank.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan reman berkenaan.

Beliau berkata lelaki itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM Kelantan selepas memberi keterangan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi tadi dengan menaiki van SPRM. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.