`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 30, 2024

Kait Pemangku Sultan Johor rasuah, pengendali ‘Kelab Penyokong PAS’ disiasat Akta Hasutan

 

Free Malaysia Today
Ketua Polis Johor M Kumar, berkata kes turut disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengendali akaun ‘Kelab Penyokong PAS Malaysia’ disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengaitkan Pemangku Sultan Johor dengan dakwaan rasuah.

Ketua Polis Johor M Kumar, berkata kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Katanya, kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua keadaan, sama ada membuat hantaran, menularkan, berkongsi maklumat berbaur hasutan, fitnah atau palsu sehingga menjejaskan ketenteraman awam, dan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan.

Kumar merujuk laporan diterima IPK Johor semalam mengaitkan Tunku Mahkota Ismail dengan kenyataan ‘TMJ mengatakan pengarah Amla SPRM – Zamri meminta rasuah RM20 juta daripada Qatar Holdings’ dengan hantaran bertajuk ‘TMJ dah bersuara, takkan PMX masih senyap?’.

Semalam, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, dakwaan fitnah tular itu adalah sikap tidak bertanggungjawab, biadap, serta kurang ajar, sambil menyifatkan ia hasutan jahat dalam cubaan menjatuhkan institusi diraja.

Katanya, fitnah itu antara lain menuduh Tunku Mahkota Ismail terbabit kes rasuah membabitkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Zamri Zainul Abidin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.