`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, May 24, 2025

Perwakilan Sabah gesa jangan letak calon ‘wahyu’

Perwakilan PKR Sabah Zaidi Jatil percaya strategi kemenangan PKR bergantung kepada calon pilihan parti untuk PRN.

kongres pkr
Perwakilan PKR Sabah Zaidi Jatil berkata calon diketengahkan perlu memiliki kriteria disayangi rakyat, dipercayai dan bekerja keras, selain rajin turun padang, mampu memimpin serta mendengar keluhan rakyat. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
 Seorang perwakilan PKR Sabah menggesa kepimpinan parti tidak memilih calon tidak dikenali rakyat untuk bertanding pada PRN akan datang.

Zaidi Jatil percaya strategi kemenangan PKR bergantung kepada calon pilihan parti untuk PRN Sabah.

“Kita tidak mahu lagi ada calon-calon wahyu yang kita tak kenal dan rakyat tak kenal tiba-tiba menjadi calon PRN Sabah.

“Calon bukan hanya simbol parti. Calon adalah cerminan nilai perjuangan mewakili masyarakat berbilang etnik dan agama, serta mengangkat aspirasi perjuangan rakyat Sabah,” katanya berucap dalam sesi perbahasan perwakilan pada Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.

Zaidi berkata, calon diketengahkan PKR perlu memiliki kriteria disayangi rakyat, dipercayai dan bekerja keras.

Beliau juga berharap calon itu rajin turun padang, mampu memimpin dan mendengar keluhan rakyat.

Zaidi Jatil

“Bukan hanya pandai berkata-kata, memberi harapan, tetapi rupanya tin kosong,” katanya mengingatkan mana-mana individu tidak dipilih bertanding PRN Sabah tidak merajuk.

“Kita harus memikirkan parti dan memastikan PKR bangkit dan menjadi pilihan utama rakyat.”

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi yang bakal menjadi rebutan parti bertanding pada PRN dijangka diadakan pada bila-bila masa kerana pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor genap lima tahun Oktober ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.