`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, May 17, 2025

Awas! Polis tiada kaitan dengan iklan dapatkan semula wang

 Bukit Aman menasihati orang ramai jangan terpedaya dengan iklan menawarkan ‘khidmat mendapatkan semula wang telah ditipu’.

Polis tiada kaitan dengan iklan ‘tawar khidmat’ yang memaparkan lambangnya serta perkataan ‘Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Bukit Aman menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan iklan di media sosial mengaitkan polis dengan ‘khidmat mendapatkan semula wang telah ditipu’.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkata ia tiada sebarang kaitan dengan iklan tersebut, yang memaparkan lambang polis dan nama jabatan.

Pemangku Pengarah JSJK Hasbullah Ali berkata ia suatu cubaan penipuan dan menasihati orang ramai jangan terpedaya.

“JSJK tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah palsu serta satu cubaan penipuan,” lapor Bernama.

Polis mengesan iklan itu di Facebook yang memaparkan lambangnya serta perkataan ‘Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)’. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.