`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, May 18, 2025

Lelaki disyaki cederakan anak guna ‘timing belt’ kereta ditahan

 Mangsa didakwa mengalami lebam di bahagian belakang badan, rusuk dan kaki kanan.

gari
Menurut Ketua Polis Lahad Datu Jimmy Panyau, suspek berusia 38 tahun ditahan tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
 Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mencederakan anak perempuannya termasuk menggunakan getah ‘timing belt’ kenderaan, dalam kejadian di Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Lahad Datu, Jimmy Panyau, berkata polis menerima laporan daripada bekas isteri suspek selepas menerima gambar kecederaan dihantar anaknya di WhatsApp.

Katanya, dalam laporan itu, mangsa didakwa mengalami lebam di bahagian belakang badan, rusuk dan kaki kanan.

“Susulan itu, suspek berusia 38 tahun kemudiannya ditahan kira-kira 12.10 tengah hari kerana disyaki mencederakan anak kandungnya menggunakan tangan dan getah ‘timing belt’ ketika mangsa membantu baiki kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.