`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, May 24, 2025

Nak tawa pun ada nak nangis pun ada

 Cara Donald Trump mahu buat Amerika Syarikat hebat semula aneh sekali.

Mohsin Abdullah

Kata Donald Trump “a lot of people are starving in Gaza”. Finally. Kita dah lama tahu wahai Encik Trump malah seluruh dunia tahu lama dah. Tetapi itulah yang baru dikata Trump yakni minggu lalu di Abu Dhabi pada hari terakhir lawatannya ke tiga negara Teluk. His gulf tour, kata media AS.

Mengapa kebuluran di Gaza terjadi juga dunia tahu. Tetapi apa yang dilakukan Trump selain mengaku ramai orang kebuluran di Gaza? Nothing. OK beliau ada kata “the US will take care of situation in Gaza”. Apa dan bila? Sehingga artikel ini ditulis nothing. Tak ado apo-apo bak kata orang Nogori.

Ketika beliau bercakap mengenai starvation in Gaza, negara kesayangannya Israel sedang melancar serangan udara ke atas Gaza. Ratusan rakyat Palestin mati. Apa Trump buat untuk hentikan keganasan yang berlarutan itu? Nothing.

Tiga hari lalu, semasa Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa melawat White House, Trump mendakwa ada genocide berlaku ke atas rakyat kulit putih Afrika Selatan. Sebenarnya Trump melakukan serang hendap atau ‘ambush’, istilah yang digunakan oleh BBC News, ke atas Ramaphosa dengan menayangkan video untuk menyokong dakwaannya. Ini kita cerita pada lain masa. Mungkin.

Yang ingin saya ajukan pada penulisan ini ialah pertanyaan adakah Trump tahu apa makna genocide?

Holocaust ketika Perang Dunia Kedua apabila Nazi membunuh ribuan orang Jew ialah genocide. Pembunuhan ribuan etnik Tutsi oleh militia Hutu di Rwanda pada 1994 ialah genocide. Apa yang dilakukan oleh Khmer Rouge ke atas rakyat Kemboja pada tahun 1975 hingga 1979 ialah genocide.

Apa yang berlaku di Afrika Selatan bukan genocide. Fact check yang dijalankan oleh CNN mendapati tiada genocide berlaku. “There is a lot of violent crime in South Africa. There is not a genocide against white farmers there,” kata CNN. Violent crime termasuk pembunuhan, tetapi encik Trump, murder is not genocide.

Mr President, “genocide is the deliberate and systematic destruction, in whole or in part, a national, ethnic, racial or religious group with the intent to destroy it. The destruction can be achieved through various acts, including killing, causing serious bodily or mental harm or imposing conditions of life that lead to the group’s physical destruction”. That’s the international definition.

What’s happening in Gaza is a genocide. The UN been saying this repeatedly.

Dua hari lalu pentadbiran Trump memutuskan Universiti Harvard tidak boleh lagi menerima masuk pelajar dari luar AS. Harvard ialah universiti paling tua di AS dan antara yang paling prestij. Sebelum ini pentadbiran Trump menghentikan bantuan kewangan kepada Harvard, Columbia dan banyak lagi universiti kerana didakwa menyuburkan sentimen antisemitism — hanya kerana berlaku protes pelajar di kampus terhadap keganasan Israel di Gaza. Harvard menyaman pentadbiran Trump kerana membekukan USD2.3 billion federal funding untuknya.

Trump mendakwa mahu make America great again. Negara yang hebat ialah negara yang mengembangkan universiti, merancakkan gedung ilmu, menyokong usaha pembelajaran dan kaji selidik yang dijalankan ahli akademik di samping memastikan sebanyak mungkin generasi muda menimba ilmu. Adakah langkah Trump suatu cara menghebatkan AS?

Semalam satu rang-rang undang anjuran Trump dibentang dan diluluskan Kongres dengan majoriti paling tipis. Trump menggelarnya “a big beautiful bill”. Ia mengenai pemotongan cukai besar-besaran tetapi menurut laporan pelan Trump itu boleh menambah lagi hutang kepada USD5 trilion.

Sekarang RUU itu dikirim ke Senat. Beberapa anggotanya sudah pun menyuarakan bantahan, antaranya Senator Ron Johnson. Kata beliau, seseorang mesti bertindak sebagai ayah yang memberitahu anak-anaknya “ye ayah tahu kamu semua mahu pergi ke Disney World tetapi kita tak mampu. Saya kira sayalah orangnya yang jadi ayah itu”.

Turut dimasukkan ke dalam pelan Trump itu ialah pemotongan USD1 trilion daripada peruntukan Medicaid dan food stamps. Medicaid ialah rancangan atau skim penjagaan kesihatan. Jutaan orang kurang upaya, warga emas dan golongan berpendapatan rendah bergantung pada Medicaid. Food stamps pula bantuan makanan. Berjuta orang miskin memerlukannya. Sekarang Trump mahu mengurangkan peruntukan kedua-dua rancangan itu dengan drastik.

Mungkin Trump punya definisi atau makna tersendiri mengenai ‘hebat’ kerana cara beliau mahu buat Amerika hebat semula aneh sekali.

Saya ulangi tajuk artikel ini — nak tawa pun ada nak nangis pun ada. Saya tambah sikit. Lagi banyak menangis daripada ketawa. - FMT

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.