Pagi tadi tersiar satu analisa oleh Murray Hunter yang makin menjadi viral hari ini. Saya tidak mahu rujuk artikel itu sebab dia menyebut nama-nama kepala t@hi yang memang saya allergic sebut nama mereka.
Seorang sahabat saya telah hantar tajuk artikel itu kepada saya diiringi dengan komen beliau: "And in the end we all kena liw@tted".
Secara ringkas Murray Hunter kata tidak lama lagi akan terbentuk kerjasama antara PH dan PN (tanpa PAS?) yang akan tonggang-terbalikkan struktur politik Melayu dan politik negara. Ini bukan lagi mustahil sebab sejak tahun 2018 memang pelbagai "formula" kerjasama politik sudah pun terjalin antara SEMUA puak-puak politik dalam negara kita.
Macam mana ini boleh berlaku? Parti Cina ekstremis (konon) boleh tidur satu katil dengan parti Melayu ekstremis (konon). Parti lebai boleh tidur bersama 'sekular', boleh main bersama peliw@t dan macam-macam lagi. Semua ini sudah pun di eksperimenkan dalam politik negara kita.
Apakah persefahaman atau common interests sesama mereka yang membolehkan mereka ready at any time untuk bekerjasama dengan kawan, lawan, musuh, sahabat, seteru, kenalan tepi jalan, kenalan lorong malam dan siapa pun. Depa boleh tidur dengan siapa pun. Dalam bahasa lain perangai ini lebih dikenali sebagai 'pelacur'.
Alasan mereka ialah 'politics is the art of the possible'. Yalah 'art of the possible' tapi maksudnya awak memang pelacur. Tidak ada pendirian, tidak ada falsafah hidup yang berguna, tidak ada perjuangan, tidak peduli rakyat marhaen, tidak peduli nasib orang, tidak peduli masa depan negara.
Tetapi soalannya masih separuh jawab - apakah persefahaman atau common interests sesama mereka yang membolehkan mereka pilih jodoh di belakang lorong atau dalam lubang biawak?
- Jawapannya paling mudah.
- Money. Duit.
- Projek dan kontrak.
- Siapa pegang kuasa dia jadi kaya.
- Dengan makan DANA AWAM.
- Apa pula jadi dengan nasib kita rakyat marhaen?
- Orang biasa boleh pergi mampus.
- Siapa peduli hak rakyat marhaen?
Oleh itu sahabat saya sebut "And in the end we all kena liw@tted".
Memang pun.
Tuan-Tuan fikir baik-baik. Tak kisah siapa pun pegang kuasa bekalan Beras Putih Tempatan yang cukup akan jadi balik secara ajaib ke? Not likely kan.
AP impot kereta akan terhapus tak? Not likely kan.
Harga kereta akan menurun tak? Di pasaran dunia, industri kereta EV sedang berperang darah. Harga kereta EV sedang menjunam dan merudum.
Tapi di negara kita harga minima kereta EV impot (CBU) tidak boleh kurang daripada RM100,000.
"In Malaysia, a minimum price of RM100,000 is currently in place for imported Completely Built Up (CBU) electric vehicles (EVs) due to the Franchise AP policy".
Dasar kepala hotak apa ini? Peninggalan daripada zaman Mahafiraun dan Mahazalim.
Peluang pekerjaan untuk anak-anak kita bagus kah? Gaji Minima naik dan naik sehingga usahawan tak mampu ambil pekerja dah. Graduan universiti pula merebut jawatan Gaji Minima sebab tidak cukup peluang pekerjaan.
Industry hantar parcel sampai lewat malam, hantar makanan dan teksi e-hailing berkembang maju. Gig ekonomi. Dengan tiada masa depan, tiada EPF, tiada Socso. Itulah keadaan ekonomi negara sekarang.
Unless you are crony, atau ada kabel connection, atau kumpulan elit, atau geng orang kaya dsbnya. Geng Telan Dana Awam. Then you are ok.
Jadi tak kisah lah siapa pun yang jadi pemimpin atau pegang kuasa, "And in the end we all kena liw@tted".
Itulah nasib Tuan-Tuan. Dan anak-anak kita.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.