Lee Kuok Tiung berkata pembabitan PAS pada PRN Sabah mampu menentukan kemenangan memihak kepada siapa kerana memecahkan undi.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengakui perkembangan PAS yang dilihat mula menerima sokongan terutama di kalangan komuniti Islam di Sabah tetapi masih belum mencukupi.

“Barangkali masih sukar untuk mereka memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya terdekat ini tetapi mereka akan menjadi pesaing.
“Namun penglibatan mereka dalam PRN Sabah mampu menentukan kemenangan memihak kepada siapa kerana memecahkan undi,” katanya kepada FMT.
PAS mengesahkan akan bertanding di sekurang-kurangnya enam daripada 73 kerusi DUN Sabah pada PRN, dengan kemungkinan menggunakan logo parti gabungan bersama Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya turut meneroka ruang kerjasama politik dengan parti tempatan, termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan berkata kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor yang cemerlang menjadikan PAS terbuka mendukung GRS menjelang PRN.
Aliakbar antara enam Adun dilantik kerajaan Sabah selepas PRN 2020. Untuk rekod, PAS tidak bertanding pada PRN 2020.
Namun GRS dijangka bergerak solo atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) seiring gabungan di kerajaan perpaduan peringkat persekutuan.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara Sabah percaya enam kerusi itu sebahagian daripada strategi jangka masa panjang PAS Sabah, untuk mengembangkan ideologi dan pengaruh selepas mengimbangi risiko kekalahan.
Untuk menang, PAS Sabah perlu mempamerkan identiti yang dilihat lebih terbuka atau mengadaptasi dinamik politik dan latar belakang rakyat Sabah.
“Bekerjasama dengan parti lain khususnya GRS mungkin memberi nilai tambah atau peluang untuk menang,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.