`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, May 25, 2025

Pemimpin ‘cai Rafizi’ mungkin tak segarang ketua, kata penganalisis

 Syaza Shukri berkata pemimpin sehaluan Rafizi Ramli yang menang pemilihan akan membawa suara kritikal dalam pimpinan PKR penggal 2025-2028.

ANWAR IBRAHIM - RAFIZI RAMLI -KONGRES PKR - PERSADA JOHOR
Rafizi Ramli terkenal dengan kelantangannya menyuarakan isu membabitkan parti atau kerajaan.
PETALING JAYA:
 Kemenangan calon sehaluan dengan Rafizi Ramli pada pemilihan PKR, Jumaat lalu mungkin membawa suara kritikal dalam parti, namun tidak selantang bekas timbalan presiden itu, kata penganalisis.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata pemimpin terbabit mungkin cenderung mengikuti jejak langkah Rafizi dari segi prinsip dan pendekatan.

Namun jelasnya tahap keberanian dan pengaruhnya belum mencapai tahap seperti Rafizi yang pada kempen pemilihan melancarkan serangan terbuka terhadap parti serta kerajaan sehingga menimbulkan polemik.

“Suara mereka ‘lemah’ sikit kerana mungkin belum sampai tahap Rafizi, namun saya pasti kekal kritikal,” katanya kepada FMT.

Beberapa hari sebelum pemilihan, Rafizi mengeluarkan ‘cai’ pilihannya bagi jawatan naib presiden, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta sayap Pemuda dan Wanita.

Aminuddin Harun dan Chang Lih Kang yang disenaraikan dalam ‘cai Rafizi’ berjaya mempertahankan kedudukan naib presiden pada pemilihan, Jumaat lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang berada dalam senarai itu berjaya mempertahankan kedudukan naib presiden.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut disenaraikan tewas.

Bagi senarai ‘cai Rafizi’ untuk jawatan MPP, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Nasir, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh tersenarai antara 20 pemenang.

Rafizi gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden selepas tewas kepada pencabarnya Nurul Izzah Anwar dalam pertembungan satu lawan satu.

Nurul Izzah meraih 9,803 undi manakala Rafizi pula memperoleh 3,866 undi.

Bagi Rabi’ah Aminudin, strategi Rafizi mengumumkan senarai itu sebelum pemilihan parti boleh dilihat sebagai usaha memastikan wujudnya kepelbagaian suara dalam kepimpinan, khususnya dalam menegur atau mencabar pucuk pimpinan.

“Ini akan memastikan ada mekanisme semak dan imbang dalam PKR itu sendiri bagi mengelakkan dominasi oleh mana-mana kumpulan tertentu,” kata penganalisis dari UIAM itu.

Lau Zhe Wei pula berpandangan tidak semestinya pemimpin dalam pasukan Rafizi itu pada pemilihan lalu akan menuruti pandangan menteri ekonomi itu.

“Jika pandangan Nurul Izzah kelihatan munasabah, mungkin cai Rafizi boleh terima, mereka boleh bawa berbincang.

“Tak terlalu tegar dan buta tuli hanya nak terima pandangan ‘ketua cai’,” kata Lau dari UIAM. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.