`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, May 23, 2025

Tak ramai boleh saingi pengorbanan Rafizi, Izzah, jawab Anwar

 Anwar Ibrahim kongsi pandangan tentang pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.

anwar ibrahim fahmi
Presiden Anwar Ibrahim ingatkan ahli PKR bahawa agenda parti lebih besar daripada dirinya.
JOHOR BAHRU:
 Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingatkan pengkritik bahawa tidak ramai yang mampu menyaingi pengorbanan Rafizi Ramli dan anak perempuannya, Nurul Izzah.

Anwar berkongsi pandangannya dengan para perwakilan PKR tentang pemilihan yang menemukan Rafizi dan Izzah dalam persaingan untuk jawatan timbalan presiden.

“Orang tegur sama ada Rafizi dan Izzah…kadang-kadang tak upaya kamu nak saing pengorbanan mereka,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Kongres Nasional PKR.

“Jadi nak tegur, tegur tetapi jangan lupa berbanding kehebatan dan kekuatan mereka tak ramai boleh. Jadi kalau terlanjur, mohon maaf.”

Anwar menyeru semua ahli supaya berbicara secara berhemah, mengingatkan bahawa agenda PKR lebih besar daripada perjuangan peribadi.

“Bila menang, menang. Kalau tanya saya akan pilih terbaik, saya akan rangkul,” katanya, sebelum keputusan pemilihan diumumkan.

Malam tadi, Izzah membuktikan sokongan memihak kepadanya, selepas diumumkan sebagai pemenang dalam persaingan untuk jawatan timbalan presiden.

Rafizi sebelum ini menyatakan kesediaan untuk letak jawatan menteri sekiranya tewas.

Dalam pada itu, Amirudin Shari (menteri besar Selangor), Aminuddin Harun (menteri besar Negeri Sembilan) dan Chang Lih Kang (menteri) dan R Ramanan (timbalan menteri) terpilih sebagai naib presiden.

Kamil Munim dan Fadhlina Sidek juga terpilih sebagai ketua Pemuda dan Wanita. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.