Antara terjejas Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna, dan Beluran.

TAWAU: Beberapa daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik susulan gangguan talian penghantaran 275KV Kolopis-Segaliud membabitkan talian 1 dan talian 2.
Sabah Electricity Sdn Bhd dalam hantaran Facebook rasmi memaklumkan, antara terjejas ialah Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna, dan Beluran.
“Gangguan berlaku pada 5.05 petang. Kerja pemeriksaan sedang dijalankan bagi mengesan punca.
“Pihak kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan sebarang kesulitan amat dikesali,” menurut kenyataan itu.
Sabah Electricity memaklumkan beberapa kawasan di Tawau turut mengalami gangguan bekalan elektrik dan pemulihan bekalan sedang dijalankan secara berperingkat.- FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.