Dr Jessie Hiu yang menjalankan bedah siasat Zara Qairina Mahathir berkata, beliau tidak tahu mengenai penglibatan pihak ketiga dalam kes itu.

Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat dengan Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Queen Elizabeth sejak 1998 berkata, beliau tidak tahu mengenai sebarang penglibatan VVIP atau pihak ketiga dalam kes itu
Pakar perubatan itu berkata demikian menjawab soalan peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang didakwa membuli Zara Qairina.
Ram: Doktor, boleh saya katakan bahawa selepas menjalankan locus in quo menggunakan beberapa patung dan selepas melakukan bedah siasat, penemuan dan kesimpulan doktor adalah semata-masa berdasarkan kepada bukti perubatan serta kepakaran doktor sebagai pakar patologi forensik?
Dr Hiu: Ya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
- FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.