`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, September 11, 2025

KG SG BARU: PEMUDA KETUANAN MELAYU, PERSATUAN JENAMA ISLAM, PARTI MELAYU TIBA2 GHAIB

 "Hutan makin pupus tetapi pokok terus mengundi kapak kerana kapak itu bijak meyakinkan pokok bahawa kerana batang pemegangnya diperbuat daripada kayu, maka dia adalah saudara mereka".


Rupanya Ketua Polis Dang Wangi luka di kepala (screenshot di atas) akibat kena batu yang dibaling oleh entah siapa sewaktu kekecohan di Kg Sg Baru (Kg Baru) di KL.

Siapa minat boleh dengar ulasan sdr Ju Fazli di link berikut:  

https://youtu.be/5Bahd4jWTLM?si=KTYDedgI4Zg5tGJk

Saya pilih video sdra Ju Fazli sebab video ini pop up dalam YouTube tadi. Bukan saya pergi cari pun - dia sendiri pop up. 

Soalan pertama ke mana hilang pemuda ketuanan Melayu? Apa sudah jadi? Ini isu Melayu lah brader. Isu hak orang Melayu. Tiba-tiba kau orang ghaib apa hal? 

Hello persatuan2 pengguna jenama Islam what happened to you?   Apa sudah jadi? Ini isu Melayu lah brader. Isu hak orang Melayu. Tiba-tiba kau orang ghaib apa hal? 

Parti politik Melayu pun ghaib. Isu sekolah Cina mereka berani. Tapi sekolah Cina tidak menjadi isu pun. Takpelah - mereka suka juga buat isu walaupun benda itu tak ada isu.

Tapi Kg Sg Baru ini isu besar. Melibatkan hak orang Melayu. Tanah mereka, rumah kediaman mereka sejak berapa generasi. Jadi tentu ada banyak isu.

Jangan salah faham ok - saya bukan hakim nak putuskan siapa  betul atau siapa tak betul. Itu bukan tugas saya.

Tapi saya lebih suka kalau masalah seperti ini ditangani secara jujur (honesty), transparent dan adil - kepada semua pihak. Boleh dijadikan win-win situation.

Masalahnya timbul kalau terjadi pula win-lose situation. Ia itu ada yang untung besar (winner) dan ada yang dapat sikit atau rugi (loser). 

Polis pula melakukan tugas mengikut perintah. 
Apabila Polis menerima arahan mereka akan laksanakan tugas. 
Yes Sir, No Sir. 
Mudah saja. 
Jadi jangan salahkan Polis. 

Bagi saya apa yang berlaku di Kg Sg Baru adalah class struggle antara orang bawahan dan golongan atasan serta kaum elit.

Orang yang berduit lumayan berdepan dengan orang simple yang bukan saja tidak berduit atau berharta tetapi mereka kurang sophisticated. Kurang jelas selok-belok undang-undang, kurang faham kuasa kerajaan dsbnya. 

Golongan atasan pula mengikut prosedur 'negara hukum'. Mereka mampu upah lawyer, mereka boleh bawa kes ke mahkamah. Style orang kaya, style orang korporat.

Orang kaya juga mempunyai kabel besar kepada kaum politik, kepada orang yang berpengaruh dsbnya.  Mereka juga ada kabel besar kepada pemuda ketuanan Melayu, persatuan2 jenama Islam,  parti2 Melayu dsbnya yang tidak kurang muwaddah dan akrab sesama mereka. 

Negara kita makin membangun, bandar dan kotaraya makin sibuk dan tentu sekali akan terjadi rebutan untuk tanah untuk dibangunkan menjadi kawasan perumahan, perniagaan, industri dsbnya. Tanah makin sempit dan terhad di kawasan bandar. Inilah yang sedang berlaku di Kg Sg Baru.

Tanah itu diduduki orang Melayu dan orang yang mengidamkan sangat tanah itu juga termasuk orang Melayu. Melayu elit dan Melayu atasan yang kaya dan berpengaruh.  Jadi ini menjadi kes Malay class struggle antara golongan bawahan dan golongan kaya raya Melayu juga. 

Yang sedihnya kumpulan yang memperjuangkan ketuanan Melayu, yang memperjuangkan hak pengguna Islam (kononnya) dan juga hak politik orang Melayu sudah ghaib. They have disappeared. Kalau nak jumpa mereka bolehlah pergi ke majlis orang kaya dan majlis orang politik dan mereka akan turut hadhir. Mereka faham dari mana datangnya bekalan roti-kaya mereka. Orang putih kata "they know who butters their bread".

Bagi rakyat kaum marhaen pula - tuan-tuan kena faham sajalah.  Tiada siapa yang akan membela nasib tuan-tuan kecuali tuan-tuan sendiri.  Sampai bila tuan-tuan akan rela terpedaya dan tertipu oleh orang politik? Tak kira parti cap bulan ke, cap lebam ke, cap timbang ke they are all the same. 

Dosa besar tuan-tuan ialah tuan-tuan mudah terpedaya. 

"Hutan makin pupus tetapi pokok terus mengundi kapak kerana kapak itu bijak meyakinkan pokok bahawa kerana batang pemegangnya diperbuat daripada kayu, maka dia adalah saudara mereka".

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.