
Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail berkata pelantikan syarikat penyiap telahpun diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 15 Ogos lalu.
“KDN kini di peringkat penyediaan surat setuju terima sebelum proses kerja dimulakan oleh pihak syarikat,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen.
Beliau menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) yang meminta penjelasan mengenai status terkini projek 2 buah OPV Maritim Malaysia yang terbengkalai.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan menamatkan kontrak dengan THHE Destini Bhd (TDSB) selepas ia gagal menyiapkan pembinaan dua lagi kapal berkenaan.
Feb lalu, Saifuddin dilaporkan berkata penamatan itu ditandatangani pada 31 Dis 2024 dan syarikat terbabit dikenakan Kadar Denda Dan Ganti Rugi Ditetapkan (LAD) lebih RM12 juta atas kelewatan menyiapkan kapal OPV 2 dan OPV 3. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.