Ahli MPT Dr Afif Bahardin kata bekas timbalan presiden Hamzah Zainudin nampak bersungguh serang Bersatu.

Dr Afif Bahardin berkata bekas timbalan presiden itu nampak bersungguh menyerang Bersatu.
“Bulan Ramadan ini eloklah bakal mantan ketua pembangkang kurangkan menfitnah. Nampak bersungguh serang Bersatu. Walhal rakyat mengharapkan suara pembangkang untuk kritik dasar dan polisi Kerajaan PMX — nampak sudah lama dia tak buat,” katanya kepada FMT.
Afif sebelum ini pernah bersama PKR.
Terdahulu, Hamzah mendakwa ada kumpulan dalam Bersatu mahu membawa parti itu lebih dekat dengan PH, dan kumpulan itu membabitkan individu yang mempunyai kaitan dengan PKR.
Hamzah bagaimanapun tidak menamakan individu yang dimaksudkan dalam laporan Berita Harian itu.
Hamzah dipecat daripada Bersatu bulan lepas susulan krisis kepimpinan antara beliau dan presiden parti, Muhyiddin Yassin. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.