`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, March 1, 2026

Kapal berdaftar Malaysia dinasihat elak Selat Hormuz

 Ia bagi memastikan keselamatan pelayaran susulan perkembangan keselamatan di rantau Timur Tengah.

Jabatan Laut menasihatkan semua kapal berdaftar di Malaysia dan syarikat perkapalan tempatan mengelak berlayar menerusi Selat Hormuz sehingga notis lanjut dikeluarkan. (Gambar AFP)
KUALA LUMPUR:
 Semua kapal berdaftar di Malaysia dan syarikat perkapalan tempatan dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengelak berlayar menerusi Selat Hormuz sehingga notis lanjut dikeluarkan.

Jabatan Laut (JLM) berkata, ini bagi memastikan keselamatan pelayaran susulan perkembangan keselamatan di rantau Timur Tengah.

Menurutnya, pengendali kapal Malaysia perlu menilai dan merancang semula laluan pelayaran dengan mengambil kira situasi keselamatan semasa.

“(Pengendali kapal juga dinasihatkan) sentiasa memantau nasihat keselamatan maritim dikeluarkan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan dan memastikan kapal serta anak kapal mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi tertinggi setiap masa,” katanya dalam kenyataan.

JLM berkata, semua langkah berjaga-jaga itu penting susulan peningkatan situasi keselamatan yang boleh memberi risiko kepada kapal, anak kapal dan kargo beroperasi di kawasan terjejas.

Jelasnya, semua pengendali kapal Malaysia yang beroperasi di dalam atau berhampiran kawasan terbabit dinasihat meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi dan mengekalkan komunikasi aktif dengan pengurusan syarikat serta pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil, jika perlu.

“Kerjasama semua pihak berkepentingan dalam industri perkapalan amatlah dihargai dalam memastikan operasi pelayaran Malaysia kekal selamat, teratur dan berdaya tahan bagi berdepan risiko keselamatan antarabangsa berubah.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.