Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata banjir kilat di KM287 PLUS di Nilai itu memerlukan pelan kontingensi serta kajian menyeluruh.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata kejadian itu yang menyebabkan kesesakan teruk memerlukan pelan kontingensi serta kajian menyeluruh, lapor Bernama.
“Saya percaya LLM dan PLUS sudah tentu mengambil langkah susulan. Memang terdapat projek baharu di sepanjang lebuh raya yang sedang diterokai dan dibangunkan.
“Jika itu menjadi punca berlakunya banjir kilat, pihak pemaju dan kontraktor perlu mengambil tanggungjawab masing-masing,” katanya dlam satu program di Seremban.
Loke berkata kejadian banjir di lebuh raya bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna, malah turut membawa risiko keselamatan yang serius.
PLUS dalam kenyataan memaklumkan trafik mengalami kesesakan sejauh 12km dari Kajang ke Nilai disebabkan banjir kilat di KM287 yang menyebabkan semua lorong terhalang. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.