Inisiatif itu adalah kesinambungan daripada fasa pertama pada 2025 dengan pemasangan CCTV selesai dilaksanakan di 200 sekolah asrama KPM.

Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad, berkata inisiatif itu adalah kesinambungan daripada fasa pertama pada 2025, dengan pemasangan CCTV selesai dilaksanakan di 200 sekolah asrama KPM.
Katanya, pelaksanaan fasa kedua kini di peringkat teknikal berikutan pemasangan peranti keselamatan itu tidak boleh dilakukan secara semberono, sebaliknya perlu mematuhi akta berkaitan privasi.
“Di peringkat teknikal ini, kita (KPM) sedang mendapatkan pandangan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan pihak lain bagi memastikan hak dan privasi kanak-kanak sentiasa terpelihara.
“KPM turut bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya bagi mendapatkan khidmat nasihat dari sudut teknikal berhubung tatacara pemasangan CCTV berkenaan di premis sekolah,” katanya menurut Bernama.
Azam berkata, walaupun terdapat pelbagai penelitian teknikal dan undang-undang, kementerian memberi jaminan pemasangan untuk 333 sekolah asrama tahun ini akan disegerakan.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata 200 sekolah berasrama bawah KPM di seluruh negara akan dilengkapi CCTV dalam masa terdekat dengan peruntukan RM3 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.