Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata usaha ‘reset’ dicadangkan ketua pembangkang bertujuan membetulkan institusi negara dan membina budaya politik lebih matang.

Beliau berkata Hamzah menggariskan dua tujuan utama melalui wacana berkenaan iaitu membetulkan institusi, sistem dan undang-undang negara bagi membina semula Malaysia ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan.
Menurut bekas menteri itu, agenda berkenaan juga bertujuan memperbetulkan konfigurasi politik semasa serta membangunkan budaya politik baharu lebih matang, stabil, berbilang kaum dan seimbang.
Katanya, Hamzah turut menegaskan bahawa usaha ‘reset’, khususnya dalam bidang politik dan ekonomi, bukan soal kelangsungan politik semata-mata tetapi berkait dengan pembinaan bangsa.
“Kerana itu saya melihat reset adalah selari dengan pendekatan maqasid, iaitu mempunyai tujuan lebih tinggi daripada sekadar tujuan pilihan raya, egalitarian atau jangka masa pendek,” tulisnya di ruangan ‘Merentas Ruang’ di Sinar Harian.
Bulan lalu, Hamzah melancarkan gerakan ‘reset’ sebagai langkah permulaan ke arah penambahbaikan untuk menjadi asas masa depan negara yang lebih jelas serta meyakinkan.
Ia dilancarkan selepas Ahli Parlimen Larut itu dipecat Bersatu pada 13 Feb lalu susulan krisis dengan Presiden Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata pendekatan itu juga berpandukan kompas moral yang selari dengan prinsip amar makruf nahi mungkar, iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah
Menurutnya, Hamzah merujuk kepada tema dua surah al-Quran sebagai panduan, iaitu Surah al-Furqan yang menekankan pembezaan antara kebenaran dan kebatilan serta Surah al-Syu’ara’ yang menyentuh perjuangan rasul menentang keingkaran kaum mereka.
“Jadi reset adalah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan serta memerangi kebatilan dan kesesatan.
“Ini bermakna reset yang ingin dilaksanakan adalah komprehensif, termasuk dari segi kekuatan ilmu, kemahiran dan ‘adab para pemimpin dan rakyat. Di sini, kekuatan ‘adab ialah kompas moralnya,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.