`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, March 29, 2026

Restoran mohon maaf lepas pembalut tertera kalimah ‘Allah’, ‘Muhammad’ tular

 Pengurus cawangan di Sepang berkata versi baharu pembalut ditukar sejak malam tadi sambil menyatakan pembalut tular itu adalah versi lama.

Tular pembalut tertera ‘Allah’, ‘Muhammad’, dan ‘Masyaallah’ di Threads. (Gambar Threads)
PETALING JAYA:
 Pengurusan sebuah restoran di Kota Warisan, Sepang, Selangor, memohon maaf susulan penggunaan pembalut makanan tertera kalimah ‘Allah’, ‘Muhammad’, dan ‘Masyaallah’.

Pengurus cawangannya, Abdul Razak Abu Bakar, berkata ia pembalut lama selepas tular di Threads.

Katanya, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh dengan menukar bungkusan makanan lama itu kepada versi baharu sejak malam tadi, sambil menambah sama sekali tidak berniat untuk menyinggung sensitiviti umat Islam dan berlapang dada menerima kritikan pelanggan demi penambahbaikan operasi perniagaan.

“Saya mewakili tiga cawangan Restoran Thoulath Maju benar-benar memohon maaf, kesilapan ini berlaku di premis di Kota Warisan. Namun, sekarang kami telah menukar bungkusan baharu di semua cawangan juga.

“Disebabkan tular di media sosial, kami segera menukar pembungkusan, kesilapan kami tidak menyedari bungkusan lama mengandungi kalimah ‘Allah’, ‘Muhammad’, dan ‘Masyaallah’.

“Kami akui kesilapan dan memastikan perkara ini tidak berulang lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai lebihan pembalut lama yang tidak lagi diguna pakai, Abdul Razak memberi jaminan menyimpan pembalut berkenaan dan tidak membuangnya.

“Itu bungkusan saya tidak buang, mana boleh buang, berdosa kerana ada kalimah suci.

“Saya simpan sahaja di dalam stor. Apa pun, saya benar-benar memohon maaf dan berjanji memperbaiki perkhidmatan kami,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.