Memandangkan bilangan hadirin serta kementerian, agensi kerajaan serta GLIC saya kira jumlah perbelanjaan keseluruhan membabitkan direct and indirect costs agak lumayan.

Jangan marah bila baca tajuk artikel ini jika anda antara orang yang percaya hari raya tak meriah tanpa rumah terbuka. Saya hanya bercakap mengenai arahan tiada penganjuran majlis rumah terbuka bagi sambutan Aidilfitri tahun ini membabitkan semua agensi kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Semasa mengumumkannya Rabu lalu, perdana menteri berkata ia langkah penjimatan bagi berdepan kesan konflik Asia Barat. Kita semua tahu konflik tercetus apabila Amerika Syarikat dan Israel serang Iran bermula 28 Feb lalu. Berapa jumlah ringgit yang dijimatkan jika tiada rumah terbuka agensi kerajaan dan GILC? Saya kira pertanyaan ini wajar meskipun, kata Anwar Ibrahim, “Ini satu mesej supaya perbelanjaan lebih berjimat, kita waspada dan berjimat, jangan nanti kita terjebak dengan (kemelut) lebih parah”.
Saya ajukan pertanyaan kerana bagi ramai orang soal pokok ialah ringgit dan sen, yakni jumlah yang dapat dijimatkan, apabila bercakap mengenai langkah jimat cermat. Ada berpendapat jika jumlah yang dijimatkan tidak seberapa, lebih elok kerajaan come up with something less lavish instead of totally doing away with open houses. Maksudnya rumah terbuka tetap ada tetapi tidaklah semewah tahun-tahun sebelumnya. Kata mereka, rumah terbuka ialah budaya keakraban dan perpaduan rakyat berbilang bangsa.
Namun bagi saya lebih baik ditiadakan daripada mengadakan rumah terbuka secara sederhana, mengambil kira apa yang berlaku di Asia Barat. Saya setuju dengan keputusan perdana menteri dan Jemaah Menteri. Saya tidak tahu berapa kos untuk anjur majlis rumah terbuka tetapi memandangkan bilangan hadirin serta kementerian, agensi kerajaan serta GLIC saya kira jumlah perbelanjaan keseluruhan membabitkan direct and indirect costs agak lumayan, meskipun mungkin ada yang berpendapat jumlahnya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Ertinya tugas utama dalam syarikat diabaikan buat seketika (sekurang-kurangya satu minggu). Barangkali kerja yang ditinggalkan sekejap tidak membabitkan essential services dan dianggap ‘tidak urgent’ tetapi hakikatnya ia tetap ditinggalkan. Ini apabila majlis diadakan di premis syarikat. Walaupun diadakan di hotel, pekerja tetap perlu berurusan dengan pihak hotel.
Saya tidak terperanjat jika apa yang diceritakan ini berlaku juga pada kalangan penjawat awam yang diamanatkan untuk memastikan rumah terbuka kementerian diadakan dengan hebat.
Satu lagi aspek ialah bilangan rumah terbuka yang diadakan. Apa yang pernah saya lihat di syarikat swasta ialah banyak majlis diadakan untuk rai sesama sendiri seperti rumah terbuka anjuran setiap jabatan dalam syarikat. Maka setiap hari selama hampir satu bulan Syawal akan ada ‘majis jabatan terbuka’, biasanya para jemputan dalam kalangan orang sama.
Bayangkan keadaannya dalam sesebuah kementerian. Setiap kementerian ada banyak dan pelbagai jabatan dan unit. Berapa banyak majis rumah terbuka diadakan kerana “kita dah pergi majlis orang, takkan kita tak buat majlis untuk jemput mereka?”
Seperti dikatakan tadi, selain aspek wang ringgit perlu diambil kira soal tenaga kerja kakitangan yang digunakan bagi tujuan yang luar daripada tugas utama atau tugas asas.
Berbalik kepada langkah berjimat yang diumumkan Anwar tiga hari lalu. Saya ada baca satu penulisan yang seorang kawan hantar menerusi WhatsApp. Si penulis antara lain mahu kerajaan memberi tumpuan pada ketirisan, pembaziran dan mismanagement dalam kalangan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang kerap didedahkan oleh ketua audit negara, instead of cancelling raya open house. Pendapat yang wajar diberi perhatian oleh kerajaan.
Kata-kata Anwar untuk menjustifikasi langkah ditiadakan rumah terbuka oleh agensi kerajaan dan GLIC, pada hemat saya, membawa erti apa yang dilakukan sekarang ialah langkah awal atau permulaan kerana negara tidak berada dalam situasi terdesak buat masa ini walaupun perang di Asia Barat memuncak. Adakah ini isyarat more austerity steps are to come? Mungkinkah akan tiba masa untuk kita semua bite the bullet?
Menurut PMX, langkah awal ini memberi mesej jelas kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan. So no biting the bullet?
Apa pun selain tiada rumah terbuka, kerajaan juga memutuskan menteri dan anggota pentadbiran dihadkan daripada melakukan lawatan ke luar negara kecuali bagi urusan yang telah dijadualkan atau wajib dihadiri.
Tampil Amanah menyambut seruan penjimatan PMX. Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kajat mahu kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan PRU16 secara serentak membabitkan Parlimen dan semua DUN. Ini katanya bagi menjimatkan kos yang besar dan mengurangkan ketidaktentuan atau keletihan politik yang terjadi apabila pilihan raya demi pilihan raya diadakan. Iyalah, alang-alang nak berjimat.
Akhir kata, seorang kawan saya cadang kuih-muih, mee siam tak perlu lagi dihidang pada mesyuarat jabatan kerajaan. Hanya teh atau kopi cukup. Kata saya, air mineral sudah lah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.