KPDN berkata ia bagi dapatkan penjelasan bersandarkan Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

KPDN dalam kenyataan di Facebook berkata pihaknya ambil maklum mengenai mesej tersebut yang tular di media sosial.
Katanya, pelarasan harga yang dipapar itu sebenarnya melibatkan silinder gas komersial dan bukan silinder gas domestik bersubsidi.
“Bagaimanapun, satu tindakan segera diambil bagi memanggil pihak syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan bersandarkan perundangan Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Sebarang kenaikan harga dalam senarai barang kawalan seperti LPG perlu dirujuk kepada pihak KPDN,” kata kenyataan itu.
Pengguna dinasihat melaporkan sebarang maklumat tidak sahih atau memanjangkan aduan kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN, pusat panggilan 1-800-886-800 dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.