`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, April 18, 2026

Pelajar hilang ketika cari kepah ditemukan lemas

 Bomba berkata mayat pelajar berusia 16 tahun itu ditemukan dalam keadaan terapung pada petang tadi.

lemas
Luqman Kamil Jamaluddin dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok di Kuatan semalam ditemukan lemas pada petang tadi. (Gambar Envato Elements)
KUANTAN:
 Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok semalam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata mayat Luqman Kamil Jamaluddin, 16, ditemukan pada 2.15 petang tadi.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 400m dari kuala oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak semalam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah bersama rakannya di pantai berkenaan dan pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.02 petang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.