Penerimaan wang itu didakwa sebagai bayaran dana lobi atau politik melalui pihak perantara kepada tokoh politik tertentu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff, berkata aduan dan penyerahan dokumen itu diserahkan Sekretariat Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) menerusi Pengerusi Biro Politik Shahbudin Embun, yang hadir bersama Razali Zakaria, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
“SPRM telah menerima dokumen berkaitan dan akan menelitinya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, aduan itu susulan beberapa laporan media sebelum ini yang membangkitkan dakwaan RM500,000 dibayar sebagai dana lobi atau politik melalui pihak perantara kepada seorang tokoh politik tertentu.
Sebelum ini, bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, dilapor menafikan menerima rasuah dengan jumlah sama daripada pemilik NexG Bhd, Abu Hanifah Noordin untuk melanjutkan kontrak syarikat itu, pada 2023.
Ahli Parlimen Pandan itu, berkata dakwaan dibuat sebuah blog itu hanyalah tuduhan liar dengan garis masa dinyatakan adalah tidak selari dengan realiti semasa pada ketika itu. -FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.