`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, November 1, 2026

Bukan MCA tapi PN penghalang utama DAP di Kota Laksamana, Bandar Hilir

 MCA masih dilihat tidak berpeluang menandingi DAP di kerusi majoriti pengundi Cina, kata penganalisis.

wee ka siong
MCA berisiko dilihat sebagai ‘penumpang’ sekiranya tewas di Kota Laksamana dan Bandar Hilir, kata penganalisis. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Penyerahan Kota Laksamana dan Bandar Hilir kepada MCA dipercayai tidak memberi sebarang kelebihan strategik kepadanya, memandangkan penghalang utama kemenangan parti penyandang iaitu DAP masih Perikatan Nasional, menurut penganalisis.

Malah, Wong Chin Huat daripada Sunway University berkata MCA berisiko dilihat sebagai ‘penumpang’ sekiranya tewas di dua kerusi majoriti pengundi Cina itu.

Wong Chin Huat
Wong Chin Huat.

“Kerana dilihat tidak berpeluang menandingi DAP, PN dan PAS kini menjadi penghalang utama DAP di kawasan majoriti Cina,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh menjelaskan bahawa faktor boleh menang serta hasil kajian teliti di lapangan menjadi asas keputusan BN dan PN menyerahkan Kota Laksamana dan Bandar Hilir kepada MCA.

Beliau juga menepis dakwaan keputusan saat akhir itu didorong oleh desakan daripada MCA.

MCA secara keseluruhan bertanding di empat kerusi. Ia hanya bertembung DAP di Kota Laksamana dan Bandar Hilir, dan berdepan PKR di Machap Jaya dan Kelebang.

DAP pula bertanding di tujuh kerusi.

“Daripada bertanding di tujuh kerusi sebelum ini, MCA kini bertanding empat kerusi. Daripada bertanding di kesemua empat pertembungan tradisi menentang DAP, kini ia hanya diberi ruang bertanding di dua kawasan,” kata Wong.

Malah, MCA berisiko ‘hilang modal politik’ untuk mempertahankan kepentingan masyarakat Cina sekiranya peratusan undi yang diraih PN di kawasan bukan Melayu lain tidak jauh berbeza atau mengatasi MCA.

“Tanpa mandat pengundi yang kukuh, MCA mungkin hanya diberi hadiah ‘sagu hati’ melalui kerusi lantikan, tetapi hilang punca kuasa untuk menolak dasar yang merugikan masyarakat bukan Melayu,” katanya.

Menguji ‘keletihan’ pengundi Cina

Sementara itu, Ahmad Fauzi Abdul Hamid melihat Kota Laksamana dan Bandar Hilir sebagai medan menguji ‘keletihan’ pengundi Cina terhadap DAP.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Penganalisis di Universiti Sains Malaysia itu mahu melihat sama ada berlaku peralihan sokongan pengundi bukan Melayu sepertimana di beberapa kawasan majoriti pengundi Cina di Johor pada PRN lalu.

“Dengan berdirinya BN dan PN dalam satu gabungan, pemecahan undi tidak berlaku, sekali gus memberi kelebihan strategik untuk menyekat kelebihan PH-DAP,” katanya.

Fauzi berkata MCA tidak semestinya perlu menang di kubu kuat DAP untuk membukikan ia masih relevan.

“Jika MCA berupaya mengurangkan majoriti PH-DAP secara signifikan, ia sudah cukup memberikan isyarat jelas kepada BN bahawa MCA masih relevan dan tidak boleh diketepikan menjelang PRU16,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.