`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, November 4, 2026

Wanita ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditetak parang

 Polis berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Teluk Intan, tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Chua Kok Lian
Ketua Polis Hilir Perak Chua Kok Lian berkata mangsa berusia 48 tahun diserang tiga lelaki menggunakan parang di depan sebuah kedai di Teluk Intan, semalam. (Gambar Bernama)
IPOH:
Seorang lelaki maut dipercayai ditetak dengan parang di depan sebuah kedai di Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Hilir Perak, Chua Kok Lian, berkata polis menerima panggilan pada 3.53 petang semalam daripada orang awam mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 48 tahun diserang tiga lelaki menggunakan parang dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Chua meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu, termasuk maklumat pergerakan individu atau kenderaan mencurigakan di sekitar lokasi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Hilir Perak di talian 05-6299222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian ini yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.