(Astro Awani) – Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir didakwa memiliki wang tunai bernilai RM83 bilion di Taiwan.
Perkara ini didedahkan oleh individu, Abdul Hameed Gula Maiden yang mendakwa dirinya sebagai bekas pegawai khas tidak rasmi ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Abdul Hameed mendakwa jumlah wang tersebut diseludup ahli politik veteran tersebut sekitar tahun 1982 hingga 1995.
“Saya ada maklumat wang RM500 dan RM1,000 masih disimpan di Taiwan. Kami ada senarai nombor siri wang berjumlah RM83 bilion itu.
“Masa Tun M berkhidmat di Kementerian Kewangan terdapat tiga individu lain yang mengetahui perkara ini.
“Wang-wang itu dicetak di London dan dihantar ke Taiwan dan dipegang oleh CKS Foundation secara berperingkat antara tahun 1982 dan 1995. Wang itu masih ada di sana,” dakwanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.
Menerusi dokumen yang didedahkan kepada media di sini hari ini, sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65,417,100 keping wang kertas RM1,000 masih disimpan di Taiwan.
“Dulu kalau kita keluarkan ‘dosa-dosa’ Tun Dr Mahathir, kita akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Abdul Hameed turut mendakwa maklumat yang dikongsikan kepada media sebelum ini berhubung perkara tersebut hanya merangkumi 10 peratus daripada keseluruhan maklumat yang dimilikinya.
“Ini baru 10 peratus, ada lagi 90 peratus ‘dosa-dosa’ Mahathir yang akan saya bongkarkan tidak lama lagi terutamanya isu Memali,” tambahnya.
Sidang media itu dihadiri oleh beberapa orang wakil media dari beberapa portal berita dan akhbar di pejabat Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Rajesh Rao.
Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi Tun Mahathir berhubung dakwaan ini tetapi masih belum mendapat sebarang reaksi daripada pihaknya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.