KUALA LUMPUR: "Saya penat menghalau lelaki warga asing 'miang' yang gemar menceroboh koc wanita. Malangnya mereka cukup keras kepala dan degil."
Ummu Sharik Hamzan Kamar, 23, berkata keadaan itu sering dialami setiap kali setiap kali dia menggunakan khidmat komuter dari stesen KL Sentral ke Seremban, Negeri Sembilan.
"Mereka tidak menghormati pengguna lain, terutama wanita. Ada yang akan beralih ke koc lain sebaik ditegur, namun ada juga yang pura-pura tak dengar," katanya ketika ditemui.
Penuntut, Fatin Athirah Mohd Zarus, 21, berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu mengambil tindakan bagi mengelak pencerobohan lelaki warga asing ke koc wanita terus berulang.
Beliau berkata. lelaki warga asing itu bukan hanya merampas tempat duduk milik penumpang wanita, malah turut mengambil kesempatan meraba atau sengaja menggesel tubuh pada penumpang wanita.
Sementara itu, Nurul Eyniatasya Mohamed, 21 berkata, perbuatan lelaki warga asing itu menyebabkan ada penumpang warga emas dan wanita hamil terpaksa berdiri.
KTMB memperkenalkan Koc Wanita bagi perkhidmatan tren KTM Komuter pada April 2010, bertujuan memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan pengguna wanita. -nst
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.