`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 27, 2018

SETELAH DIKETAHUI BISNES QUINOA KEPUNYAAN ANAK NAJIB, APA MASA DEPANNYA DI MALAYSIA?

Apabila Najib Razak memberitahu beliau kini tidak makan nasi, sebaliknya mengambil quinoa, sejenis bijirin dari Peru dan kemudian diketahui pula bisnes mengimport masuknya dilakukan  oleh syarikat yang anak bongsunya ada kepentingan, persoalan seterusnya ialah apakah masa depan bijirin tersebut di Malaysia?
Sebagai bapa, dengan mendedahkan mengenai amalan pemakanannya itu, Najib dalam waktu yang sama telah berjaya mempromosi perniagaan anaknya.
Tetapi, adakah anak bongsu Najib boleh berpuas hati sekadar melihat quinoa menjadi makanan harian bapanya, segelintir golongan kaya dan dijual di rak-rak pasaraya tertentu saja?
Berapa banyak sangat untungnya jika sekadar itu saja skop pengimportan quinoa yang dapat dilakukannya?
Tidak mungkinkah selepas ini quinoa akan menjadi hidangan wajib di mesyuarat mingguan kabinet dan setiap kali ada majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri, khususnya di Seri Perdana?
Apakah mungkin kementerian-kementerian, agensi dan jabatan kerajaan yang menganjurkan jamuan di hotel-hotel, lebih-lebih lagi jika dihadiri oleh Perdana Menteri, akan turut menjadikan quinoa sebagai hidangan wajibnya?
Apakah kemudiannya menteri-menteri dan pemimpin UMNO akan turut berebut-rebut menjadikan quinoa, bukan saja untuk hidangan atau jamuan di semua peringkat kementerian, malah juga untuk dihidangkan kepada pelbagai program lain di peringkat bawahan masing-masing?
Tidak mustahilkah quinoa juga akan dibekalkan untuk makanan bagi anggota tentera, polis, pelbagai jenis asrama kerajaan dan termasuk untuk hidangan sihat bagi jemaah yang menunaikan haji ke Mekah?
Permata yang diketuai oleh Rosmah Mansor pula takkan tak ingin turut sama membeli quinoa untuk dijadikan makanan sihat bagi generasi pintar akan datang?
Mana lagi jabatan kerajaan, agensi atau GLC yang berpotensi untuk membeli quinoa dalam jumlah yang besar?
Akhirnya, jika BN terus berkuasa, tidak mustahilkah kita akan dapat melihat perniagaan mengimport quinoa oleh anak bongu Najib ini akan terus berkembang maju dan mampu menghasilkan keuntungan yang setara seperti menghasilkan filem  hollywood “The Wolf of Wall Street”  oleh abang tirinya, Riza Aziz?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.