`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 19, 2020

PKP: Negeri Sembilan tidak benar solat tarawih di masjid, surau

Mufti Negeri Sembilan Mohd Yusof Ahmad berkata, larangan solat sunat tarawih dibuat berdasarkan keadaan semasa yang diputuskan kerajaan persekutuan bagi menangani penularan wabak Covid-19.
SEREMBAN: Solat sunat tarawih di surau dan masjid di negeri ini, tidak dibenarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Mufti Negeri Sembilan Mohd Yusof Ahmad.
Katanya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan keadaan semasa yang diputuskan kerajaan persekutuan bagi menangani penularan wabak Covid-19, di negara ini.
“Sepanjang tempoh PKP, solat tarawih secara berjemaah di surau dan masjid tidak dibenarkan, masyarakat digalakkan untuk melakukan solat sunat tarawih di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.
“Sekiranya PKP tidak dilanjutkan, iaitu selepas 28 April ini, kita akan melihat kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebelum keputusan lanjut dibuat kemudian,” katanya di sini, hari ini.
Mohd Yusof berkata, orang ramai khususnya umat Islam masih boleh menjalankan ibadah solat tarawih di tempat masing-masing, dengan tidak mendedahkan diri mereka terhadap risiko penularan Covid-19.
Penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac lepas bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini dengan fasa ketiga penguatkuasaannya bermula 15 hingga 28 April ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.