`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 17, 2020

Gerbang Malam Ipoh dibuka semula, perniaga bergilir

IPOH: Kerajaan negeri hanya membenarkan 60 daripada 128 peniaga menjalankan perniagaan secara bergilir setiap hari di Gerbang Malam yang merupakan antara tarikan di bandar raya ini, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, setiap gerai yang dibenarkan beroperasi perlu berjarak 3 meter antara satu sama lain bagi memastikan jarakan sosial untuk mengelak penularan wabak Covid-19.
“Selain itu, tidak kira siapa yang memasuki kawasan ini juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengambil suhu badan, memakai pelitup muka, dan mengikut aliran jalan yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya semalam.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau Gerbang Malam yang dibuka semula setelah ditutup sejak 18 Mac lalu kerana PKP.
Faizal mengalu-alukan kehadiran orang ramai namun pihaknya tidak menggalakkan warga emas dan kanak-kanak bawah usia 12 tahun untuk mengunjungi kawasan berkenaan kerana mereka golongan berisiko dijangkiti Covid-19.
Dalam pada itu, Faizal berharap orang ramai sentiasa peka dan tidak mengambil mudah setiap SOP yang ditetapkan walaupun pelbagai kelonggaran diberikan oleh kerajaan sepanjang tempoh PKPP.
“Untuk jangka masa sekarang ini kita masih dalam PKPP, kita masih terus perlu berhati-hati dan nasihat daripada pihak berwajib perlu terus kita patuhi,” katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Rumaizi Baharin memaklumkan pihaknya bersetuju untuk memanjangkan tempoh operasi pasar malam di Ipoh bermula dari 4 petang sehingga 10 malam berbanding setakat 7 malam sebelum ini selepas dibenarkan dibuka semula di bawah PKPP.
Tambahnya, waktu Gerbang Malam pula kekal beroperasi dari 5 petang hingga jam 12 tengah malam dalam tempoh PKPP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.