`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 23, 2020

Untuk Fahaman Ahli Politik Yang Bermodal Jual Air Liur : Profesor Dan Pakar Ekonomi Setuju Hapuskan Cukai Impot / Eksais Bagi Kereta

Posting ini dalam bahasa Melayu dan Inggeris (lihat komen saya di bawah).




economist proposes remove duties  on imported cars for six months 
end protectionist measures for Malaysian motor industry
Barjoyai Bardai said M'sia ultimately have to dismantle all protection 

imported cars subject to import duties, excise duties, sales tax
Excise duties range from 75% to 105% 

Proton, Perodua should not enjoy protection - they are Geely, Daihatsu partners

Laurence Todd, director for IDEAS said higher prices protect local industry
if Proton/Perodua not able to compete then we have to ask will they ever be?

For long term, Malaysia should promote industries that can compete abroad 
car manufacturing should compete with imported cars 
“Otherwise we will continue to drive up prices with no long term economic benefit”

MIER economist Shankaran Nambiar said protectionism highlight inefficiencies upon which the industry is built

My comments :

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada akhbar Online Free Malaysia Today kerana sudi  menyambung isu harga kereta yang sangat mahal di Malaysia yang saya telah cuba menyuluhkan bukan sahaja dalam Blog ini tetapi sejak hampir 30 tahun saya menulis dalam akhbar dan dalam buku-buku saya.

Tiga pakar ekonomi termasuk Professor Emeritus Dr Barjoyai Bardai juga setuju bahawa segala jenis cukai impot dan cukai eksais atas mengimpot kereta mesti dihapuskan.

Sejak berpuluh tahun yang sudah semua ahli politik dalam negara kita sudah mati akal berkenaan apa kah isu yang penting dan betul yang perlu diperjuangkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat negara kita.

1.  Sebahagian besar ahli politik merasa bahawa jika mereka boleh mainkan 

  • isu perbezaan kaum
  • mainkan kebencian kaum
  • bangkitkan isu rasis dan agama 

maka mereka telah berjaya sebagai ahli politik, sebagai pejuang bangsa dan pejuang agama tanpa sedari bahawa perjuangan seperti itu sebenarnya bodoh, tolol, bahalol dan kolot.

2.  Sebahagian lagi ahli politik merasa bahawa jika mereka boleh membantu bontot brader kesayangan mereka menduduki takhta Perdana Menteri, maka bontot mereka pun bolehlah turut senyum keriangan. 

The other group of politicians feel that if they can help their favourite Brader get his ass into the Prime Minister's seat then their own asses can also smile in happiness.

Sambil ahli politik tolol ini bergelumang dalam kebangangan, semua rakyat negara - terutama sekali orang Melayu - tetap menjadi miskin kerana terpaksa membayar DUA atau TIGA kali ganda bagi harga kereta berbanding di negara lain.  

Yang menjadi kaya adalah kerajaan yang sembelih rakyat dengan cukai kereta yang sangat tinggi dan yang kaya juga adalah taukeh AP yang paling sedikit bilangannya yang diberi AP mengimpot kereta. 

Rakyat marhaen dijadikan lembu yang dicucuk hidung untuk terus membayar harga DUA atau TIGA kali ganda harga pasaran dunia untuk membeli sebiji kereta buatan besi tin Milo.

Jadi saya ingin memberi sedikit nasihat kepada ahli politik penjual air liur yang low IQ yang tidak tahu menahu apakah isu sebenar yang perlu diperjuangkan untuk membantu rakyat marhaen.  Ini termasuk Pemuda UMNO, Orang Tua-Tua UMNO, PH, PN, PKR, pas-pis-pus dan sesiapa pun lah. 

Jangan membuang masa dengan isu perkauman, isu agama, isu bahasa dan perkara tolol seperti itu.

Ini hanya menjadi bukti bahawa Tuan-Tuan adalah ahli politik taraf cebuk dale sungai. Village idiots.

Jangan membuang masa dan korbankan masa depan rakyat yang makin hari makin susah.

Isu-isu yang sebenar adalah isu kos sara hidup bagi rakyat marhaen.
Isu harga kereta antara yang paling mahal di dunia.
Isu monopoli dan oligopoli yang diberi lesen oleh kerajaan.
Monopoli dan oligopoli yang mencekik darah rakyat marhaen.
Monopoli dan oligopoli yang memihak kepada golongtan kaya dan elit.
Dan banyak lagi isu mencekik darah orang.

Isu yang sebenar adalah ketiadaan peluang pekerjaan bagi anak muda kita.

Sila lihat carta berikut :


Data menunjukkan hampir 1/3 graduan ijazah pertama dari keluarga berpendapatan RM1,000 ke bawah tidak bekerja.

Maksudnya bagi graduan berijazah pun  anak orang kaya lebih berpeluang mendapat kerja daripada anak orang miskin.  

Kemungkinan besar anak orang kaya lebih fasih berbahasa Inggeris sekali.

Tetapi bagi anak orang kaya pun (pendapatan lebih RM8500 sebulan) lebih 20% masih menganggur juga.

Tetapi data tidak menunjukkan kadar pengangguran mengikut  bangsa.

Apakah anak Cina, India dan Melayu menghadapi masalah ini pada tahap yang sama?

Jawapannya TIDAK.  

Yang ramai sekali menjadi penganggur adalah graduan Melayu. 
Why? 

Ini adalah isu-isu yang sebenarnya yang harus diperjuangkan ahli politik.

Bukan isu bodoh bangsa, bahasa dan entah apa lagi.

Awak nak cakap apa pasal bangsa? Your university graduates are unemployable.
Awak nak cakap apa pasal bahasa? The job market is looking for English.

Kecuali Grab Food Delivery.
Atau warong tom yam.
Atau warong jual burger.
Atau jual petai dari bonet kereta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.