`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 17, 2020

Kedai diseru latih guna pengimbas suhu badan dengan betul

Dr Moy Foong Ming berkata pemeriksaan suhu badan mungkin tidak sempurna walaupun termometer berfungsi dengan baik.
PETALING JAYA: Seorang pakar tentang perubatan pencegahan menggesa peruncit mengelakkan bacaan suhu badan pelanggan yang tidak tepat dengan memastikan pengimbas suhu badan digunakan dengan betul dan menggunakan jenama yang diluluskan kerajaan.
“Kaedah yang betul semasa mengambil suhu badan dengan termometer infra merah adalah menghalakan pengimbas pada dahi pada jarak tertentu dan tolak ketepi sebarang rambut yang menutup dahi,” kata Dr Moy Foong Ming dari Universiti Malaya.
Peranti itu harus selalu ditentukur, katanya, tetapi banyak jenama berkualiti rendah tidak boleh ditentukur dan akibatnya digunakan secara lewah.
Beliau menasihatkan peruncit menggunakan jenama yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, mengatakan peranti seperti itu sudah menjalani pemeriksaan kualiti.
Beliau juga menasihatkan mereka untuk melatih pekerja yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan suhu badan.
Suhu yang normal adalah antara 36.1 dan 37.4 darjah Celcius dan pengusaha kedai selalunya tidak membenarkan mereka yang menunjukkan bacaan lebih tinggi daripada memasuki kedai.
Bagaimanapun, Moy memberi amaran pemeriksaan suhu badan mungkin tidak sempurna walaupun termometer berfungsi dengan baik.
“Mengambil suhu badan bawah pendingin hawa mungkin mempengaruhi bacaan,” katanya.
Presiden Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia, Teo Chiang Kok bersetuju pengimbas suhu badan tidak boleh digunakan secara lewah.
“Kami dapati tenaga bateri yang rendah boleh membawa kepada bacaan yang kurang tepat,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju peruncit hanya boleh menggunakan jenama yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
“Termometer tidak boleh dianggap alat perubatan,” katanya. “Tatacara pensijilan yang tidak perlu akan menaikkan harga dan menyebabkan kelewatan.

“Penggunaan 2 termometer untuk bacaan akan selesaikan masalah.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.