KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hadir ke rumah kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM malam ini.
Presiden PPBM itu tiba pada pukul 8.24 malam.
Turut kelihatan tiba di kawasan itu adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Mohd Redzuan Yusof.
Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPT pertama dihadiri oleh perdana menteri setelah beliau selesai menjalani kuarantin selama 14 hari yang berakhir semalam, susulan seorang pegawai yang hadir mesyuarat pascakabinet di pejabatnya disahkan positif Covid-19. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.