`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 2, 2020

Pemuda PPBM serah dokumen kepada SPRM semasa lapor isu akaun taikun

Wakil Pemuda PPBM Wilayah Persekutuan dan Selangor bergambar bersama tangkap layar laporan FMT di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA: Pemuda PPBM Wilayah Persekutuan dan Selangor menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semasa membuat laporan berhubung perhubungan antara menteri dan peguam negara yang membawa kepada badan anti-rasuah diarah menarik balik pembekuan akaun bank seorang taikun hartanah.
Mereka bagaimanapun tidak menjelaskan kandungan dokumen itu ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat SPRM hari ini.
“Ini urusan kita dengan SPRM dan kita serah kepada SPRM segala butiran yang ada di tangan kami. Kalau tidak ada benda sahih yang kita pegang, kita tidak akan bawa sesuka hati,” kata Ketua Pemuda PPBM WP, Zahim Zainal selepas membuat laporan.
FMT semalam melaporkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pada 2019 meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik taikun berkenaan yang dibekukan bagi membantu siasatan ke atas kes pengubahan wang.
Taikun terbabit ketika itu sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan SPRM melepaskan akaun-akaun milik taikun berkenaan atas arahan peguam negara ketika itu, Tommy Thomas.
Dalam laporan FMT, arahan dikeluarkan walaupun SPRM, selepas mendapati sebuah akaun yang dikatakan menerima dana itu hanya berbaki RM76,000 ketika dibekukan, tidak dibenarkan merampas wang daripada 3 akaun lain untuk mencukupkan kurangan sebanyak RM3.9 juta, disebabkan ketiga-tiga akaun itu didapati tidak menerima transaksi meragukan.
SPRM memaklumkan ia memandang serius isu pendedahan butiran sulit penyiasatan kepada ahli politik dan kemungkinan pengaruh ahli politik, dan siasatan akan dijalankan.
Zahim berkata Lim dan Thomas mesti dipanggil dan menjawab kepada SPRM berhubung isu berbangkit.
“Di situ mereka keluarlah jawapan, maklum balas, penafian kalau ada,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.