PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memulakan tugas selepas menjalani kuarantin selama 14 hari dengan mengadap Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi sidang video.
Perdana menteri kemudian mempengerusi mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota.
“Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di 2 bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra,” kata kenyataan di Facebook.
Langkah julung kali itu bagi mejamin penjagaan kesihatan yang ketat dan penjarakkan sosial, selepas perdana menteri dikuarantin pada 22 Mei selepas seorang pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif Covid-19.
Sepanjang tempoh kuarantin, Muhyiddin bertugas dari rumahnya.
“Pada 2 Jun, perdana menteri sekali lagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.