`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 17, 2020

Syed Ali pengerusi baru pusat zakat WP

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan pelantikan Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee sebagai pengerusi baru berkuat kuasa pada Jun.
Beliau menggantikan Che Mat Che Ali yang tamat perkhidmatan pada 31 Mei lepas, demikian menurut kenyataan PPZ-MAIWP.
Syed Ali, 58, sebelum ini menyandang jawatan penting di beberapa syarikat berkaitan kerajaan seperti pengerusi Perbadanan Nasional Bhd dan ahli lembaga Pengarah Technology Park Malaysia.
Beliau yang berkelulusan diploma dalam kepimpinan dan pengurusan dari New Zealand Institute of Management juga aktif dalam bidang sosial.
“PPZ-MAIWP yakin Syed Ali dapat memikul amanah dalam menyebarluaskan dakwah zakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan pada setiap tahun,” kata kenyataan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.