`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 6, 2020

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan, Wawasan Dr Mahathir - Graduate UKM Kerja Kutip Sampah Di Singapura

 Yang berikut ini adalah berita yang sangat sedih. Seorang anak muda graduate  Melayu rela bekerja kutip sampah di Singapura. 






SINGAPORE:   2  M'sian grads work as rubbish collectors in S'pore.

Eday and his colleague became focus on social media 

Eday, from Batu Pahat has Science Development degree from UKM 

Asked why not do  same job in M'sia, Eday said paid in S'pore currency 

“What I get here surpasses salary of junior execs in Malaysia

Eday done part-time jobs, temporary teacher in Batu Pahat, wearing mascots


My Comments :

Kenapa GLC yang niaga dengan lesen monopoli tidak memberi peluang pekerjaan kepada anak muda ini? Kenapa biarkan mereka berdua ini kerja kutip sampah orang Singapura? 

There is something seriously wrong here.

Tuan-tuan sdra Melayu sila ambil perhatian.

Graduate Melayu dari UKM layak kerja kutip sampah di Singapura.
Tetapi graduate bukan Melayu dari UKM juga boleh bekerja dengan bank multinational di Hong Kong.
Ramai lagi graduate bukan Melayu dari UKM dan IPTA lain boleh dapat kerja di London, Australia, Shanghai, Holland dsbnya. (Semua ini adalah  real examples).
So apa masalah dengan graduate Melayu? 

Tambah lagi mereka belajar agama dari peringkat tadika hingga ke universiti. 
Budak bukan Melayu tak belajar agama pun. Mereka kafir. So how?

Di Singapura pula budak yang kerja kutip sampah itu uneducated Bangladesh, uneducated China mari dan uneducated India mari. Maksudnya graduate kita hanya boleh bersaing dengan uneducated Bangla, uneducated Indian dan uneducated Chinese kerja kutip sampah di Singapore?

There is something seriously wrong.

Kalau begitu tak payahlah kita hantar anak muda kita belajar di universiti hanya untuk graduate dan menjadi pengutip sampah di Singapura.  Actually tak payah hantar ke sekolah pun. Kita ikut style Bangla dan India sajalah. Anak-anak yang sudah remaja kita terus ekspot mereka ke Singapura untuk kerja kutip sampah. Jimat gaji profesor kangkung di universiti kita.  Jimat gaji lecturer kangkung di universiti IPTA kita.

Hutang  duit PTPTN lagi.  Membazir sahaja. 

Bebudak dari India, China, Filipina yang graduate dari universiti pun kerja di Singapura juga. Dulu saya kenal  banker bangsa Filipina yang kerja di  Singapura.

Graduate dari India pula bekerja di Singapura sebagai engineer, software consultant, management consultant, construction manager dsbnya.   

Tak ada pun universiti graduate dari India atau Filipina bekerja mengutip sampah di Singapura.

There is something seriously wrong.

Jadi inilah Wawasan 2020 Dr Mahathir. 
Inilah warisan 50 tahun Dasar Ekonomi Baru.
Inilah hasil daripada menukar sistem pendidikan kita yang setaraf atau lebih baik daripada Singapura sehingga tahun 1970an menjadi sistem dunggu dan bodoh yang ada hari ini.

Inilah hasil menukar semua bahasa pengantar (terutamanya Sains dan Matematik) daripada English ke bahasa Melayu sebab kontrak cetak buku teks bahasa Melayu bernilai beratus juta Ringgit boleh di A G I H kepada orang besar dan orang yang ada kabel besar.  Dewan Pengkhianat pun bersubahat. 

Budak yang keluar sekolah menjadi lebih bodoh daripada sebelum masuk sekolah. 
Budak yang keluar universiti menjadi lebih bodoh daripada sebelum masuk universiti. 

YB Kasut Hitam yang dua kali kena buang kerja (dipecat daripada Kabinet dan ditendang keluar dari parti baru) buat kenyataan bodoh bahawa graduate kita tak ada peluang kerja sebab terlalu  banyak graduate daripada  universiti swasta atau IPTS. 

Peluang kerja ada atau tak ada bukan bergantung kepada IPTA atau IPTS. Peluang kerja bergantung kepada ekonomi negara. Kalau kita tidak pandai mengurus ekonomi negara maka peluang kerja bagi anak muda akan tipis.

Bila peluang kerja pula tipis maka lebih ramai graduate akan  minta kerja daripada jawatan kosong yang ada. So dalam keadaan begitu majikan boleh pilih-memilih calon yang the best dan yang paling sesuai untuk bekerja dengan mereka. Dalam keadaan ekonomi tipis jika graduate IPTS lebih senang dapat kerja daripada graduate IPTA maksudnya graduate IPTS lebih layak. 

Maksudnya lecturer dan profesor IPTA lebih kangkung. Mereka tidak dapat beri didik kepada anak muda yang membolehkan mereka  survive dalam dunia luar.  

Jadi solution dia senang.  Tutup semua IPTA. Jimat gaji profesor kangkung. Jimat gaji Vice Chancelor kangkung. Dan hantar semua student belajar di  IPTS.

Ataupun change the system. Tukar dasar pendidikan. Tukar dasar kerajaan yang confirm sudah gagal.

Kita tidak perlukan kerajaan baru. 
Apa yang kita perlu adalah dasar baru. 
Change the stupid policies.

Dasar Ekonomi Baru sudah gagal. 
Orang Melayu yang makin miskin.
Wawasan 2020 sudah berusia 95 tahun.
Sudah gagal juga.

Dengar lah cakap Syed Akbar Ali.
Before it is really too late.   

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.