`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 7, 2020

Pembangkang gagal halang peruntukan Kementerian Pengangkutan selepas undi belah bahagi

 

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen menyokong usul supaya peruntukan bagi Kementerian Pengangkutan diputuskan menerusi kaedah itu di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Peruntukan kepada Kementerian Pengakutan di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa berjaya melepasi halangan pembangkang apabila ia dibentang untuk undian belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, 94 Ahli Parlimen tidak bersetuju berbanding 109 yang bersetuju apabila RUU itu diundi.

“Hanya 17 tidak hadir,” katanya ketika mengumumkan hasil undian.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong usul supaya peruntukan bagi kementerian itu diputuskan menerusi kaedah itu.

Sebelum itu, peruntukan untuk Kementerian Kerja Raya di peringkat jawatankuasa lulus tanpa undian belah bahagi.

Kementerian Pengangkutan diperuntukan sebanyak RM6.052 bilion dalam Belanjawan 2021, iaitu RM1.877 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.175 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.