`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 25, 2021

2 beranak ‘kenyang’ makan hasil syabu

 

Ketua Polis Pahang Abdul Jalil Hassan menunjukkan dadah disyaki syabu dan wang tunai yang dirampas. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Polis menahan dua beranak yang dipercayai terbabit dengan kegiatan mengedar dadah jenis syabu di sekitar Pahang sejak dua bulan lalu, dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Bentong-Karak, Bentong kira-kira 190km dari sini, Ahad.

Ketua Polis Pahang Abd Jalil Hassan berkata bapa dan anak berumur 58 dan 28 tahun itu ditahan pada 8.30 malam, dan polis turut merampas syabu dianggarkan seberat 9.32kg daripada mereka.

Beliau berkata walaupun dua beranak itu tidak bekerja, kehidupan mereka dilihat cukup mewah, malah memiliki tiga kereta import termasuk Toyota Vellfire.

Menurutnya suspek yang berasal dari Kelantan dan menetap di Jerantut, kira-kira 180km dari sini, ditahan hasil maklumat orang ramai yang curiga dengan kehadiran suspek ke kawasan berkenaan dengan menaiki kereta Proton Waja.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek menemukan 10 bungkusan plastik teh cina berwarna hijau berisi serbuk dan ketulan jernih disyaki syabu dianggarkan bernilai RM360,000 yang disusun dalam guni putih di tempat letak barang kenderaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Pahang Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Mohd Azam Ab Razak.

Abd Jalil berkata siasatan yang dijalankan polis membawa kepada penemuan kereta Toyota Vellfire, Honda Jazz dan Volkswagen Wald yang dipercayai dibeli hasil daripada jualan dadah, di samping wang tunai RM40,112 ditemui di rumah suspek.

“Kita percaya suspek mendapatkan bekalan dari Lembah Klang untuk diedarkan di seluruh Pahang dengan dadah yang dirampas baru-baru ini dipercayai boleh dijual kepada 18,655 penagih,” katanya.

Abd Jalil berkata kedua-dua suspek kini direman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.