`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 25, 2021

LDP di Sabah hampir pasti sertai PN

 

Chin Su Phin tidak mengiakan spekulasi mengenai langkah parti itu seterusnya, tetapi berkata mereka berkemungkinan besar menyertai Perikatan Nasional. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Bekas parti komponen Barisan Nasional Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP) dilihat hampir pasti menyertai Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Chin Su Phin tidak mengiakan spekulasi parti itu akan menjadi ahli terbaru gabungan pemerintah itu selepas Gerakan, tetapi memberi petunjuk LDP bersedia melakukannya.

“Mungkin benar, mungkin tidak,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas, sebelum menambah: “Kemungkinan besar (sertai PN), tunggu ia berlaku secara semula jadi.”

“Apa saja mungkin berlaku dalam politik. Sesiapa saja yang kita sertai, tujuannya ialah berkhidmat kepada rakyat.”

Pada pilihan raya negeri (PRN) September tahun lalu, LDP berkata, ia tidak akan menyertai gabungan atau parti lain kerana percaya ia boleh membuat kejutan sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya itu.

Parti itu bertanding 46 kerusi, tetapi kalah semuanya, termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Api-api yang ditandingi Chin dan Inanam oleh bekas ketua menteri, Chong Kah Kiat dalam cubaannya untuk kembali ke arena politik.

Chin berkata, keadaan ketika PRN dan sekarang berbeza, serta “sesiapa boleh cakap apa saja ketika berkempen”.

“Tetapi, sekarang kami tahu keputusan pilihan raya, kami akan lihat keadaan dan kemudian tentukan sama ada kami mahu sertai (parti) arus perdana.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.