`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 4, 2021

Ada hakim ‘tidak peka’ terhadap Islam dalam membuat keputusan, kata Hadi

 

Presiden PAS menyifatkan sesetengah hakim baharu “hilang sensitiviti agama”.

PETALING JAYA : Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa sesetengah hakim baharu “hilang sensitiviti agama” apabila membuat keputusan melibatkan kepentingan Islam, tanpa menggunakan budi bicara.

“Mereka membuat keputusan berasaskan buku yang dibaca, bukan mengikut pertimbangan akal yang mempunyai budi bicaranya,” kata Hadi dalam Facebooknya.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah, sebagai tidak sah.

Panel sembilan hakim mahkamah tertinggi negara memutuskan badan perundangan negeri dibenar meluluskan undang-undang mengenai kesalahan di bawah agama Islam selagi kesalahan itu tidak terkandung dalam Senarai Persekutuan.

Hadi berkata ada kalangan hakim bertindak tanpa rasa peka terhadap Islam, walau dibandingkan dengan hakim zaman penjajah Inggeris.

“Apa yang menarik, penjajah British sendiri pada zaman penjajahan sangat berhati-hati agar tidak menyentuh sebarang sensitiviti penganut Islam, sehingga mereka meletakkan kuasa Islam kepada raja-raja.

“Bahkan beberapa keputusan mahkamah oleh hakim berbangsa Inggeris dibuat dengan sangat berhati-hati.

“Malangnya, ada dalam kalangan Melayu-Islam yang tiada dalam hatinya, kepekaan terhadap Islam, walaupun (negara) telah mendapat kemerdekaan lebih setengah abad,” kata Hadi.

Merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, Hadi berkata penghakiman itu menonjolkan “kalangan mereka yang … berwajah Inggeris lebih daripada bangsa Inggeris sendiri.

“Mereka muncul atas pelbagai nama media, NGO dan individu sehingga umat Islam dapat mengenali secara dekat siapa wajah mereka yang sebenarnya.

“Terpulang kepada diri masing-masing, sama ada ingin menepuk dada tanya iman atau tepuk dada tanya selera makan,” tambah beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.