`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 4, 2021

Hajiji terawal terima vaksin di Sabah

 

Hajiji menerima vaksin Covid-19 sempena majlis pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Serbaguna Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi. (Gambar JKM)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Hajiji Noor antara individu terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, sempena pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri hari ini.

Turut bersama Hajiji yang menerima suntikan di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pagi tadi, Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi dan Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali.

Penerima vaksin seterusnya Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong dan Panglima Divisyen ke-5 Infantri Mohd Halim Khalid serta beberapa anggota barisan hadapan yang lain.

Terdahulu, dalam sidang medianya Hajiji berkata sebanyak 195 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di seluruh negeri bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Saya menjadi orang pertama yang menerima suntikan dan Insya-Allah imunisasi ini berjalan dengan lancar sehingga menyuntik semua rakyat Sabah yang tinggal di negeri ini bagi menangani masalah Covid-19.

“Pihak kerajaan telah menyediakan sebanyak 195 pusat penerimaan suntikan ini di seluruh Sabah, jadi kita berharap program imunisasi ini berjalan dengan baik sehingga ke pelosok negeri,” katanya.

Ditanya pengalaman selepas menerima vaksin, beliau memaklumkan tidak berasa sakit sebaik disuntik.

“Saya rasa macam biasa, tiada apa-apa, tidak sakit dan sama macam kita terima suntikan biasa.

“Jadi, kita tidak perlu bimbang bahawa menerima suntikan ini akan mendatangkan mudarat, itu tidak betul. Kita menerima ini (vaksin) akan melindungi kita daripada jangkitan Covid-19.

“Jadi tidak perlu kita dengar cerita di luar sana, semua berjalan dengan baik dan semua yang terima suntikan ini mendapat satu perlindungan yang telah diyakini akan melindungi kita semua,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.