PUCHONG: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata program dengan aktiviti berbasikal yang dirasmikan beliau baru-baru ini, yang kini disiasat polis, mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Katanya, program juga mendapat kelulusan polis dan pihaknya mematuhi semua SOP, katanya pada sidang media di Majlis Perbandaran Sepang.
Bertindak ke atas laporan yang dibuat oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), polis membuka kertas inkuiri untuk memulakan siasatan terhadap program yang melibatkan Zuraida, dan beberapa orang kenamaan lain, yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan.
Maklumat yang diperolehi menerusi inkuiri itu akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor dan Bukit Aman bagi tindakan lanjut.
“(MUDA) Nak buat laporan buatlah. Nanti buat siasatanlah dan kita lihat bagaimana,” kata Zuraida. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.