`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 22, 2021

MAQIS rampas kurma lebih RM140,000

 

Kurma itu dirampas kerana tidak mematuhi syarat seperti mana dinyatakan pada permit import MAQIS, iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P Penggredan, Pembungkusan, dan Pelabelan. (Gambar Facebook)

KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor berjaya menggagalkan cubaan sebuah syarikat tempatan, membawa masuk 25,200kg kurma dari Arab Saudi di Pelabuhan Klang Barat, Sabtu lalu.

Pemangku Pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim dalam kenyataan hari ini berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin dilakukan pegawai penguat kuasa MAQIS kira-kira 11 pagi.

Menurutnya, barang dagangan itu yang dianggarkan bernilai RM141,229.44, ditahan kerana tidak mematuhi syarat seperti mana dinyatakan pada permit import MAQIS, iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P Penggredan, Pembungkusan, dan Pelabelan.

Beliau berkata, kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali, bawah Seksyen 15(2) Akta sama.

Beliau berkata, pihaknya mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak, yang boleh mengancam kelestarian makanan negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.