`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 22, 2021

Pegawai ‘LHDN’ jerat doktor pelatih serah lebih RM280,000

 

Mangsa kerugian RM287,360 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam.

SEREMBAN: Seorang doktor pelatih perubatan kerugian RM287,360 selepas dipercayai diperdaya sindiket Macau Scam dalam kejadian di sebuah hospital kerajaan pada 6 Feb lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Aibee Abd Ghani berkata, lelaki berusia 25 tahun itu menerima panggilan daripada individu lelaki yang mengaku sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,000.

Katanya, talian disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan dimaklumkan mangsa terlibat kes jenayah membabitkan pengubahan wang haram dan dadah serta diminta untuk berhubung terus dengan pegawai polis menerusi talian 014 7410051.

“Mangsa kemudian menerima panggilan kedua daripada suspek pada 8 Feb memaklumkan akan membantunya menyelesaikan semua kes tersebut dan memberi nombor talian 014 7410596 kepada mangsa.

“Dua hari kemudian, mangsa sekali lagi menerima panggilan memintanya menyerahkan semua maklumat perbankan internet kepada suspek dan memuat turun aplikasi Bank Negara menerusi pautan diberi selain diminta membuat pinjaman peribadi sebanyak RM200,000,” katanya dalam kenyataan.

Aibee berkata terbaharu, pada 9 Mac lepas, mangsa menerima penyata bank Standard Chartered dan mendapati terdapat transaksi pindahan wang daripada akaunnya berjumlah RM94,560 kepada beberapa akaun lain.

Doktor pelatih itu kemudian turut membuat semakan pada akaun Bank Rakyat pada hari sama dan mendapati berlaku transaksi keluar berjumlah RM192,800 juga kepada beberapa akaun lain, katanya.

Aibee berkata, mangsa membuat laporan semalam sebaik menyedari ditipu selepas pemeriksaan semakan penyata akaunnya di bank berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.