`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 4, 2021

Menantu, mentua bertengkar bawa maut

 

Dua suspek itu ditemui bersembunyi dalam pondok hasil maklumat orang ramai.

KUANTAN: Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka selepas satu pertengkaran di sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong kira-kira 188km dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata suspek yang berusia 26 dan 34 tahun itu ditahan semasa bersembunyi di sebuah pondok di Empangan Lembah Klau, Raub yang terletak sekitar 30km dari lokasi kejadian, pada 10.30 pagi tadi, berdasarkan maklumat orang awam.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun yang tinggal bersama mangsa telah bertengkar sekitar 2.15 petang Rabu dan semasa itu, suspek kedua yang tinggal berhampiran telah datang ke lokasi kejadian dipercayai bagi membantu abangnya.

“Suspek kedua dikatakan telah naik berang dan menendang mangsa di dada kiri mengakibatkan si mati mengadu sakit dada dan muntah beberapa kali sebelum rebah, menyebabkan kedua-dua suspek terus melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Zaiham berkata mangsa berusia 59 tahun adalah bapa mentua kepada suspek yang berusia 34 tahun.

Beliau berkata isteri suspek yang juga anak mangsa menghubungi klinik kesihatan berdekatan, namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, punca kematian mangsa masih belum diketahui sehingga bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, selepas selesai ujian pengesanan Covid-19.

Zaiham berkata siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sendiri positif heroin dan methampethamine serta mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.