`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 3, 2021

Sabah benar rentas daerah ikut zon

 

Kerajaan Sabah menetapkan enam zon yang dibenarkan pergerakan rentas sempadan. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan pergerakan rentas daerah mengikut zon mulai Jumaat ini, kecuali daerah yang masih dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata, terdapat enam zon semuanya.

Zon satu ialah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar, manakala zon dua ialah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang, zon tiga membabitkan Kudat, Kota Marudu dan Pitas, zon empat ialah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod, zon lima oalah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan serta zon enam ialah Keningau, Tambunan dan Tenom.

“Dengan kelonggaran ini, ia juga membolehkan orang awam mengunjungi pusat pelancongan yang ada dalam zon masing-masing, contohnya mereka yang berada di Kota Kinabalu boleh pergi melawat Gunung Kinabalu di Ranau,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 di Sabah.

Masidi turut mengumumkan majlis sosial dibenarkan di Sabah bermula Jumaat ini, termasuk majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta.

“Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan, pertunangan, resepsi, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, ‘reunion’, ‘retreat’ dan lain-lain majlis sosial.

“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada 50% kapasiti ruang premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan mengikut SOP ditetapkan.”

Dalam perkembangan sama, Masidi meminta pusat pelancongan yang ingin beroperasi semula membuat permohonan kepada kerajaan negeri.

Katanya, ia termasuk mengemukakan cadangan SOP yang akan dilaksanakan serta perkara berkaitan lain.

“Setakat ini, baru sebuah resort yang memohon dan telah diluluskan, bukan kita pilih kasih, tetapi baru mereka yang membuat permohonan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.