`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 3, 2021

Tuan-Tuan, Soalannya Duit Itu Duit Bapak Siapa?

 






1.    anti-graft group asks BNM respond to S'pore's suspicious transactions re JoLo 

C4 Center said silence by BNM “threatens integrity of central bank”
The Edge reported RM65.78m from JoLo in 2008 and 2009
If any truth, integrity of BNM fully compromised C4 Center said 
information must be confirmed urgently by authorities
Silence will further weaken trust in our institutions 
these reports widen trust deficit between people and country’s institutions

OSTB : I beg to differ.  This incident will be just like water off a duck's back. There are people who may debate "trust" and "trust deficit". 

2.  DAP lawmaker noted 1MDB scandal refuses to disappear 

  • Kepong MP Lim Lip Eng said 48 hours have passed without a response
  • time for Malaysian authorities to break silence
  • BNM should step forward to rebut allegations 

(OSTB : I say YB Lim Lip Eng, I think Nor Shamsiah will do no such thing.)


3.  Puad asked authorities for update on police reports 

Dec 2020 Umno Youth lodged police report 
Puad said two months since reports lodged 
Puad urged response to report S'pore informed BNM

funds from accounts linked to JoLo

The Edge said CAD shared info with BNM in 2015, 2016
involved suspicious funds 

(OSTB : Hello YB Puad Zarkashi - hang ini bodoh ke? Mana tahu duit RM66 Juta itu donation daripada Raja Pulau Dogong? Untuk melawan ulat bulu lah. Kalau dulu Malu Apa Bossku boleh dapat donation RM2.6 Billion daripada raja Arab Saudi untuk lawan ISIS, pasal apa pula Raja Pulau Dogong tak boleh kasi RM66 Juta untuk lawan ulat bulu? Hang jangan buruk sangka kepada orang tau.) 

Anyway, my final comments :

Tuan-tuan yang mungkin kurang arif dan kurang peka, soalan besarnya yang patut Tuan-Tuan fikirkan ialah semua duit berpuluh juta itu (RM66 juta) duit bapak siapa?

  • Kalau duit RM66 Juta itu duit bapak depa, then tak ada isu lah. 
  • Hangpa nak bising apa? Jangan jadi busybody. 

Kalau duit itu duit bapak dia,  maka C4 Center ke, YB Lim Lip Eng ke, YB Puad Zarkashi ke tak payah lah bising-bising sangat. 

Ok C4 Center, YB Lim Lip Eng dan YB Puad Zarkashi bukan calang-calang punya olang.  Mereka tanya soalan yang relevan juga. Mereka mahu jawapan atau response daripada pihak berkuasa ia itu Polis, SPRM dan BNM yang patut bertanggungjawab menangani isu ini.  

So kita tunggu sajalah kalau ada response daripada Polis, SPRM dan BNM.  Tetapi sambil menunggu itu, elok switch off-lah rice cooker dulu. Nanti nasi boleh hangus hangit.

Kita hanya perlu tentukan duit RM66 Juta itu duit bapak dia atau duit bapak kita. Inilah soalan besar-nya.

DUIT BAPAK KITA MAKSUDNYA DUIT KITA LAH. DUIT RAKYAT MARHAEN YANG BAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN.  DUIT HASIL DARIPADA TITIK PELUH KITA. DUIT YANG KERAJAAN "POTONG" DARIPADA GAJI KITA DAN BEGITU.  TAHUN INI KERAJAN BUAT ANGGARAN KUTIP CUKAI SEBANYAK RM144 BILLION. ITULAH MAKSUD DUIT BAPAK KITA.

Tetapi Tuan-Tuan, 

Dulu ada kes lembu kondo. Ingat lagi tak? Mula-mula kes itu adalah kes "duit bapak kita". Sebab itu depa bawak pi masuk Mahkamah. Turun-naik tangga Mahkamah Tinggi. 

Lepas itu, tiba-tiba kes itu batal pula. Defence had been called. Mahkamah sudah buat keputusan depa kena membela diri. Tetapi tiba-tiba kes dibatal. Happy sungguh.

Jadi secara instant, kes "duit bapak kita" bertukar menjadi "duit bapak depa".  Sebab kes sudah kena batal. Itu kes lembu kondo. 

Sekarang pula, yang jelas ialah duit RM66 Juta itu duit besar. Very big money.

Tuan-Tuan yang seronok-seronok dok sokong depa semua ini, sejak begitu lama,  kena pikir lah. Best-nya depa jadi kaya. Punya lah duit besar RM66 Juta masuk akaun. 

Tuan-Tuan pula macam mana? 
Malam ini makan apa di rumah? Nasi dengan lauk apa? 
Bayar kereta, bayar rumah semua ok? Alhamdulillah.
Anak-anak semua dapat kerja ? Gaji ok? Alhamdulillah.

Saya dok ulang banyak kali dah. Dalam negara kita ini, paling ramai anak Menteri jadi kaya. Anak ahli politik pun boleh kaya. Pemimpin politik sendiri ramai yang kaya. Begitu juga anak orang besar pun ramai yang kaya. Termasuk anak orang yang pegang jawatan besar dalam kerajaan dan begitu-lah. 

Jadi Tuan-Tuan rahsia jadi kaya dalam negara kita ini simple saja. Tuan-Tuan pun kena jadi Menteri, ahli politik, pemimpin politik, kena jadi orang besar, kena pegang jawatan besar dsbnya. Kemungkinan besar anak-anak Tuan-Tuan pun boleh jadi kaya. Serupa anak depa juga lah. 

Cuma kita berdoa lah, semoga depa ini senantiasa dapat bezakan antara duit bapak kita dengan duit bapak depa. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.